Tuesday, April 27, 2010

Golden Bay

Salam sebagai pembuka kata,

Selepas tamat sekolah rendah, tentu-tentu kena pergi sekolah menengah. Dengan itu, aku ditawarkan ke sekolah asrama, asrama harian, sebagai pelajara rancangan khas / RK. Sekolah tuh sekolah yang baru, tapi aku bukan lah 1st batch, "bahkan" 2nd batch.

well, who cares, janji dapat sekolah baru, facilities baru, environment baru dan segala-galanya baru..Nak tahu nama sekolah tuh??

SMK TELOK MAS
Golden Bay

lokasi, berhampiran dengan Sekolah Henrey Gurney (menariknya pasal Henrey Gurney, sr. aku pernah "ditawarkan" masuk sekolah tuh)

ehm, mengeluh kejap (penat2),

Apa yang menariknya SMK TELOK MAS nieh??
Mari aku senaraikan (just a list, details might be explained later) :
  1. Di sinilah aku pertama kali aku mengasah kemahiran bermain bola keranjang (walaupun aku setakat jadi pemain simpanan, consequences, bila aku menjejakkan kaki di tempat lain)
  2. Aku berjaya meneruskan diri untuk menjawat jawatan sebagai pustakawan (best sangat-sangat jadi pustakawan)
  3. Macam biasa, duduk asrama, ada lah akibat dia bila buat orang lain sakit hati (aku kena pukul,adeih)
  4. Zaman-zaman aku mula mengenali apa itu cinta ;)
  5. Aku mula mempelajari seni mempertahankan diri, SILAT HARIMAU, yang kini, aku dah lupa basic movement dia
  6. Bertambahnya bilangan kakak-kakak yang aku ada (kakak angkat "kembo")
  7. Pertama kali aku "join" kelab koir (nmpk sgt suara aku sedap)
Banyak lagi event-event yang menarik, tapi malas nak fikir & senaraikan suma ++ kalau nak diceritakan semuanya sekarang, mahu tak belajar, asyik nak menghadap "lappy"..

Roughly, this school gave me a lot of sweet memories, which i will never forget..


Salam juga di akhir bicara,

Wassalam

Monday, April 26, 2010

detik permulaan

Salam sebagai pembuka kata,

Sebelum UPSR,cikgu-cikgu aku sangat-sangat menggalakkan aku untuk masuk SBP,lebih tepat, MOZAC which stands for Sains Muzaffar Syah. Zaman-zaman sekolah rendah, manalah aku tahu pasal SBP SBP nih, yang aku tahu, aku nak masuk sekolah yang sangat-sangat dekat dengan rumah aku (waktu tuh,ak kat melaka,so,ak plan nk masuk SMK Malim).

Perbualan pendek dengan mak aku :

aku : "mama,zie pilih nak masuk SMK Malim,dekat skit ngan umah"
mama: "nape tak plh ACS,kan sekolah tuh agy bagus.malim susah nk hantar,bas lak dr umah mner ade yang lalu situh"
aku : "ntah,zie ske2 jerr pilih malim"

Waktu tuh,aku sedar, aku dah buat silap. Mulanya nak "impress" mak aku,yang aku tak nak susahkan dia hantar aku ke sekolah jauh-jauh,jalan sesak,tapi,lain yang jadinya. Tapi, aku tetap dengan pilihan aku, SMK MALIM..(dengan rse banggenye,head up)

Pejam celik pejam celik,UPSR pun dah berlalu,tibalah waktu untuk dapat "result".....

Alhamdulillah,aku dapat 5A,senyum lebar aku dibuatnya. Ayah aku selalu ingatkan diri aku,andai kata aku masih belajar di KELOMPO, mustahil "result" aku akan jadi seperti yang depan mata.

Perbandingan hidup di Melaka & Kelompo :
a) Melaka kurang hiburan berbanding Kelompo
b) Aku kekurangan kawan di Melaka berbanding Kelompo,sebab tuh lah juga,aku boleh belajar dengan tenang
c) Aku belajar berdikari dengan lebih di Melaka berbanding Kelompo
d) Kat Melaka tak ada "awek", waktu kat Kelompo,banyak sampai tak terkira,haha (nk tergelak pn ade,keciq2,ape la diri nieh taw sgt psl "couple")
e) Melaka Bandaraya Bersejarah, Kelompo dah memang ibu negeri (tak memasal,erk)

Waktu aku dapat "result",ayah aku kata,aku takut sangat,sepanjang masa pengumuman keputusan,aku diam. Itulah aku sampai sekarang,bila waktu nak dapat result,diam tak memasal,hati degup-degup macam nak tercabut.

Aku rasa bersyukur sangat, sebab "result" tuh lah menjadi detik permulaan hidup aku ke arah dunia realiti. "Result" tuh lah yang membuatkan aku berjaya menjejakkan kaki di bumi jauh dari tanah air tercinta, Deutschland @ Germany..

ehm,mengeluh kejap (penat2),

Moral of da story :
a) sesuatu perubahan boleh membawa kepada banyak kebaikan, "just like what happened to me,till now and hope so for the future till the end of my life"
b) hijrah ke arah kebaikan, bukan ke sesuatu yang dituntut oleh Nabi Muhammad s.a.w
c) bila buat keputusan, fikirlah baik-baik,bukan takat pandangan diri sendiri,bahkan pandangan orang lain
d) cari satu batu loncatan, agar ia menjadi satu perangsang untuk kita terus mara ke hadapan dan terus ke hadapan

*tangan dah penat tulis dua post dalam masa satu hari (tak sampai sehari pun)..jadi, aku rasa sampai takat nih saja lah..

Salam juga di akhir bicara,

wassalam...

pendahuluan

Salam sebagai pembuka kata,

Tiba-tiba terasa nak buat blog baru,dengan niat untuk menulis sesuatu yang berkaitan dengan hidup aku dan apa-apa sahaja yang adalm dalam fikiran aku. Salah satu cara untuk mengisi waktu lapang dan melapangkan minda ;)

Apa yang bakal aku tulis adalah, sejarah hidup aku semenjak dari zaman sekolah menengah, yang penuh dengan kenangan manis dan pahit,ketika di zaman kolej dan juga zaman aku di germany ketika membuat "Brückenkurse" @ "Bridging Course" dan di waktu realiti/waktu langsung (live) aku.

Samping-samping tuh, aku mungkin akan masukkan sedikit demi sedikit info tentang pembelajaran di sekolah,kolej dan juga bila dah berada di luar negera (lebih suka guna "oversea", ada yang kata gak "ober c"). gunalah info-info yang berguna walaupun tak banyak.

ehm,mengeluh kejap (penat2),

Bila terkenangkan kembali zaman-zaman aku ketika aku di sekolah menengah,terasa nak gelak pun ada,nak menitiskan air mata pun ada (dramatik la skit,huhu).

Orang kata, zaman sekolah menengahlah zaman :
a) perubahan kita ke arah yang lebih matang,
b) yang penuh suka dan duka,
c) yang menentukan arah tuju hidup kita, serta
d) kita menilai diri sendiri.

Jika nak dibandingkan zaman sekolah menengah dan zaman kolej,zaman sekolah lebih terpahat di hati,walaupun ianya sudah lam berlalu..(sedihlah pulak)

Mungkin sekarang bukan masanya untuk aku menulis "post" yang panjang lebar,meleteh panjang tentang sejarah hidup aku di zaman sekolah..(idea tak masuk2 agy,cmner nk tulis blog tak ;)). Setakat di sini dahulu......

Salam juga di akhir bicara ;),

Wassalam....