Thursday, May 27, 2010

bola keranjang

Salam sebagai pembuka kata,

Format post aku kali ini takkan formel sangat,harap maklum....

topik yang aku nk citerkan kali ini,bukanlah pasal kenangan-kenangan time dekat sekolah dulu..cuma topik-topik yang mampu menyedapkan hati,menenangkan hati dari duka dan lara..

berkenaan cerita pasal bola keranjang time aku dekat GOLDEN BAY,tak lah semenarik mana pun..men pun,setakat dapat duduk dekat banch jerr,tengok jerr la senior2 main..almaklumlah,baru form 1 time tuh..

permulaan aku bermain bola keranjang,time waktu PJ atau nama panjangnya, Pendidikan Jasmani..atas permintaan sesetengah pihak,guru PJ aku telah memberi peluang kepada kelas aku untuk bermain bola keranjang..

dengan itu,maka terserlahlah bakat yang sedikit yang pada aku nieh di hadapan mata cekgu aku,yang juga selaku jurulatih bola keranjang sekolah..dengan itu, aku telah di serap masuk ke team bola keranjang GOLDEN BAY..gembira tak gembira,lain cerita..

ehm, mengeluh kejap (penat2),

kenangan yang paling aku ingat,bila aku main basketball, aku dijangkiti kuman.kuman yang degil, dan telah menyebabkan bisul di siku kanan aku..sakit??hanya Tuhan shj yang tahu..esoknya,cekgu aku telah membawa aku ke klinik terdekat (tak ingat lak kat mana)..dlm perjalanan,cekgu aku telah offer roti (taw2 jerr aku ngah lapar) ;)

sesampai di klinik, ak telah disuntik dengan jarum di bahagian bernanah @ bisul, dan nanah-nanah tersebut telah disedut keluar..uish,sakit-sakit!!!!tapi,tak semua nanah keluar,sebab aku dah tak tahan sakit..so,ade la saki baki dlm bisul tuh,tapi nurse tuh kate, dia akan hilang sendiri..

aku pun tataw, kenapa siku kanan aku boleh berbisul dengan bermain bola keranjang..nak kata tak jaga kebersihan, dah jaga abis gak..ehm..mende nak jadi,redha jerr la..

aku terus bermain bola keranjang sehingga aku ke SBPI SELANDAR..

mungkin sampai sini shj cerita pendek tentang aku dan juga basket di GOLDEN BAY..pasal game, seperti yang sedia maklum, aku tak dapat main pun,sedeyh tuh ada la gak,huhu..

Salam juga di akhir bicara,

Wassalam


No comments:

Post a Comment